Wednesday, 11 September 2013

Kakak Tahun Dua

Alhamdulillah..selepas hampir 2 bulan cuti di Singapura, akhirnya kembali ke Nilai untuk melaksanakan tanggung jawab sebagai tholibul ilm. Memang berat hati meninggalkan keluarga jauh mata, namun mereka sentiasa berada di hati ini. Semoga setiap kali  kita berjumpa, iman kita semakin mantap, ilmu di dada semakin bertambah, dan diri yang semakin matang. InsyaAllah...

Berakhir sudah tahun 1 di USIM, kini menjalani tahun yang kedua selepas pulang dari tanah air. Dan Alhamdulillah, semakin bertambah pelajar SG di universiti ini. Kalau dulu jumlah pelajar SG  hanya 14, sekarang bertambah lagi, kini 19 pelajar SG di USIM dari tahun satu hingga ke tahun empat. 4 tholibaat dari madrasah al-maarif dan 1 haafizhoh darul quran Malaysia. MasyaAllah...

Baru sahaja mula semester, banyak sudah cabaran yang dihadapi. Namun begitu, Alhamdulillah, dengan pertolongan Allah, banyak urusan-urusan dapat diselesaikan dengan baik. Urusan Visa pelajar, tukar-menukar bilik, dan segala.
Semalam, kebanyak tempat di Nilai tidak mempunyai air. Termasuklah kawasan Kolej Kediaman Sutera Indah , Acacia dan sekitarnya. Restaurant makan terpaksa tutup buat sementara waktu.  Memang susah hidup tanpa air, barulah kita bersyukur dengan nikmat tuhan. Sekitar  pukul 11 malam  semalam, air mula disalurkan  kembali. Memang  kami pelik, kami pon tidak diberitahu mengapa. Harini pula, saya dapat tahu dari teman dari Kolej Kediaman Desa Jati pula sedang mengalami masalah yang sama.
Selama saya berada di Acacia ini, dah 3 kali pindah bilik. Mula mula, saya sebilik dengan kakak tahun 4 Malaysia. Pada hari yang sama saya berpindah ke bilik dengan international students (Afgahanistan, Indonesia, Nigeria dan Jordan) sebenarnya pelajar SG sudahpun plan untuk duduk sama-sama. Tetapi kerana kedegilan saya ingin bergaul dengan students yang lain dan tidak ingin serumah dengan pelajar-pelajar SG. Satu kelemahan saya adalah, sukar untuk berkawan dan bermesra dengan orang yang pernah saya kenal tetapi tidak rapat. Adakah ini mementingkan diri sendiri dan menyusahkan yang lain? :( terdetik difikiran...Ada banyak juga plus point jika serumah dengan pelajar SG. Selepas berfikir panjang dan menanyakan pendapat ibu dan kawan sebilik, saya dan kawan sebilik(SG juga) akhirnya pindah ke bilik mereka.  Semoga Allah merapat ukhuwah kami dan permudahkan segala urusan kami, insyaAllah... Kadang-kadang, kita buat pilihan yang salah. Kerana tidak tahu apa yang akan terjadi nanti...tetapi sebenarnya tiada pilihan yang salah, kerana  semuanya adalah pengalaman dan mendidik kita untuk berfikir lebih matang dan tidak membuat keputusan semata-mata. Tidak mengapa jika kita salah, asalkan  kita tahu apa kesalahan kita dan tidak mengulanginya lagi insyaAllah... dan segala yang berlaku pasti ada hikmahnya...

Hari ini adalah hari yang ke-5 saya berada di nilai. Barang-barang semua baru sahaja tersusun dan rapi, selepas kemas bilik yang berhabuk dan kotor dan beberapa hari ulang alik ke Kolej kediaman Sutera Indah dan  Pasaraya tesco ke Hostel baru untuk mengambil barang-barang yang disimpan sewaktu semester lepas dan membeli keperluan. Memang penat, satu badan sakit. Bukankah susah sebelum senang? Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. :)










Kuliah sudah bermula, Subjek subjek  semester ini kelihatan menarik. Semalam  first day of school. MashaaAllah, briefing ustaz-ustaz dan prof sangat padat dan bermanfaat. Ingin saya berkongsi takeaway dari kuliah Aqidah : “Never look down on others , Allah may love him more than you” :( Allaaaaaaaaaaah...
Peringatan buat buat diri ini yang lemah, jangan  rasa dengki dengan orang lain, mungkin orang itu lebih mulia dari kamu :’( dan selalulah ber-husnuzhon(baik sangka) dengan orang lain. Biarlah apa yang orang fikirkan terhadap kita, asalkan apa yang kita buat tidak salah dan tidak mendatangkan dosa kerana hanya Allah dan diri sendiri yang tahu apa niat haqiqi yang tersurat dihati.
Semoga kita semua akan menjalani semester yang berkat dan dapat memperoleh ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah...

selamatkan menjalankan ibadah kawan-kawan :D

Nadirah Latiff

No comments:

Post a Comment