Wednesday, 22 May 2013

blog: international week in usim

Ana sedang menghadapi hari-hari yang sangat letih..minggu ini adalah minggu international week di usim. Jadi, anak-anak singapura buka satu booth pameran di foyer fpqs(fakulti pengajian Quran Sunnah) untuk mempamerkan budaya di Singapura.
Secara ringkas, di usim hanya ada 14 anak Singapura pada masa ini.  1 pemuda, & 13 pemudi-pemudi.
Hari pertama berlalu dgn baik selepas menghiaskan booth bersama. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Tambah lagi letih program aksis (anugerah kecermelangan siswa) malam itu.  Hari kedua pula, kami perlu sediakan makanan singapura; food presentation, lebih-lebih lagi ada tetamu vip yang akan singgah ke booth kami pd hari tersebut. Semalaman menahan mata dari mengantuk di rumah sewa kakak fatin untuk masak roti boyan. Malam itu ada yang diberi tugas, ada juga yg dah k.o kerana kepenatan. Tp, kerja kene siap juga, semangat mesti kuat, klu semue ikut nafsu nak tido, kerja tak akan habis. Ada yang recharge dulu, dah pagi continue buat kerja semula. Ada yg bila bangun, pulang ke hostel malam-malam. Apa-apapun, gotong royong ini sebenarnya merapatkan ukhuwah singaporean di usim :). Dulu, tak kenal pun, skrg da kenal, saya gembira dapat berkenalan dengan mereka :). Kembali kepada cerita roti boyan kami, akhirnya kami dpt juga hasilkan roti boyan dengan kerjasama dan usaha kami semua dari malam hingga ke keesokan pagi.  Orang-orang yang ziarah dan test 'roti boyan singapore' kebanyakkan suka pd roti boyan kami dan semuanya belum lagi pernah mencubanya. Alhamdulillah, prof. dr Asma(naib chancellor usim) pun sukakannya. Dia juga mengongsi pengalamannya datang ke sekolah lama saya, madrasah al-junued al-islamiah. Beliau turut mengharap lebih ramai pelajar singapura akan menyambung pelajaran tinggi di usim pada tahun-tahun yang akan datang, insyaAllah. Kemudian pada malam itu berlangsungnya program international night, iaitu semua negeri perlu bertanding dalam memberi persembahan tentang negera mereka.

Alhamdulillah, sepanjang program international week ni tk pernah ana ponteng class. Ada juga hari yang ana berasa terlampau penat kerana tidak cukup tidur(dapat tidur 2 jam sahaja pd hari isnin) tambah lagi, ada tutorial keesokan pagi. Tapi kebetulan pula, kelas pagi dan malam pd hari itu batal. alhamdulillah. Tetapi akibat terlalu ngantuk, waktu test(bahasa inggeris) pon boleh tertido sekejap.
Sebenarnya ana bukanlah orang yang aktif dalam apa-apa program pun kerana ana takut tidak dapat tumpukan sepenuhnya kepada pelajaran. Tetapi, ana akui banyak kelebihan yang kita boleh peroleh, lebih-lebih lagi dalam soft skill. ana macam nak join club ULPM (urusetia latihan pembagunan mahasiswa) semester depan :/ what do you think?
Malam ni pula, ada international week closing ceremony sekejap lagi. Maka malam ini, saya, Nadirah Latiff, merasmikan penutup kepenatan international week! heh

mempamerkan antara uniform-uniform madrasah Singapura

Singapore, my homeland

kebanggaan kami


foyer FPQS ketika belum ramai orang

pelajar-pelajar usim menyumbat ke dalam booth kami :)

Libya bawa family sekali


booth malaysia truly asia

sawasdee! booth thailand. student thailand masak som tam..yum yum

booth oman 

booth afghanistan
.................yang dinanti-nantikan..............
ROTI BOYAN SINGAPORE!!!


kami international students~

No comments:

Post a Comment